Tuesday, July 7, 2009

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

1.Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan bermotor 4x4 dIperingkat Kelab.

2. Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukkan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan daerah, negeri dan kebangsaan bagi sukan bermotor 4x4

3. Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Kelab dipatuhi dan diikuti oleh semua ahlI.

4. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa - apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

5. Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Kelab sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan beserta apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.

6. Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Kelab dalam sukan bermotor 4x4 adalah terbuka dan adil.

7. Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan bermotor 4x4.

8. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

9 Semua wang keuntungan yang didapati oleh Kelab daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun begitu, peruntukkan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Kelab.